Isnin, Oktober 15, 2018

Throwback My Work Trip To Sydney Australia!

Hi guyss! Im back! HAHA! Okay harini nak throwback sikit my trip to Sydney, Australiaaa.... with... my boss.. sekarang dah jadi ex boss kekeke xD
Well.. it sounds fun right? Well for me yeah its fun sebab this is my first time sepanjang aku hidup ni this is my first time travel pergi oversea yang betul oversea.. Macam sebelum ni pergi Bali, Bangkok, Cambodia.. mcm tak rasa sangat since it still Asian ann... but this is truly my first time flyyyy jauh! Weeehuuu... 7 hours in flight okay! 

Yeehuu... this time i travel together with my boss. HAHA secara jujurnya I am nervous sebab tak pernahhh pergi sana, taktau cuaca macamana... but since Shafiq - my boss dah biasa pergi sana banyak kali so aku pun macam relaks laa... if not.. sure2 Shafiq akan suruh aku buat research hotel dekat mana... nak kene pergi mana, naik lrt dari mana nak kemana.. best place dekat mana. HAHA so dengan ini aku tak payah nak kena buat research apa - apa aku just follow saja. Hehe. 

I convert my money already before go. Guess what.. aku convert 1k Malaysia and dapat duit depa ciput jaaa.. hahahaha! But honestly aku tak pakai pun 1k aku ni.. sebab makan minum tidur apa semua company support. So i just by souvenir laaa.. tu pun macam takdela beli pun souvenir. HAHA so this 1k takde effect pun. Lucky me and thanks to the company lah. HEHE

Well, untuk baju I try to bring as sebanyak and seboleh yang aku mampu bawak to fit in the weather la. Shafiq cakap dekat sana macam 18-20 degree celcius. So aku just bawak sweater and baju biasa jela. Our flight malam.. so dalam pukul 8pm macamtu Michael hantar kitorang pergi airport...

And here we go!! HAHAHA 7 jammmm wehh dalam flight... first time aku flight 7 jam.. selalu 1-2 jam.. ni 7 jammm aku macam jem kejap. Nasiblah aku laparr aku melantak makan atas flight. HAHA minah sebelah aku Chinese tak silap aku.. duk la selfie2 tak henti2.. makan pun selfie.. apa pun selfie. Hehehe. 

Ahha.. yeah aku sampai kt Kingsford Smith Sydney Airport lebih kurang pagi kalau tak silap. Pagi keesokan harinya dalam pukul 10-11 pagi macamtu. Sampaiiii sanaaa... perghh terus macam kene suntikan baru weh.. sejuk plusss nyamannnnn jeeeee.... HAHAHA! Terus ko rasa ko nak senyummmm je sepanjang jalan. Hati membuak-buak hepi plus excited sebab first time rasa bahagia macamni. Walaupun kau travel bukan atas sebab holiday and fun-fun.. but still bila dah pijak tempat baru dan asing macamni.. perasaan dieeee.. perghhhh freshh gila weih! *okay dah start jakun.. mehmehmeh.

Emm okay aku belanja gambar kejappp.. but then aku cerita balik eh. HEHE
















First thing after touchdown.. kitorang pergi beli simkad.. Shafiq beli 1 aku beli 1. Optus Yes tak silap aku. Tu je yang paling murah and paling berbaloi internet pun sedap. Haha. But mostly beli 2 kad yang pakai banyak untuk call customer aku nye nombo gak.. kui3... 

Dah dapat nombor kitorang, Shafiq decide to take Uber from airport to our hotel... tapiiii.. hahaha since this is new to us la kan... Shafiq cakap takpelahh kita naik teksi. HAHAHA. After around 20min camtu we arrive hotel... letak2 barang luggage yang mahaaa besar .. oh yes for you guys information.. there's a different okay bila kau pergi travel oversea atas dasar travel saja saja dengan travel bekerja. HAHA luggage aku 20kg tu memang berat die berat barang nak shooting jeeee. Macam 95% barang shooting... 5% tu baju aku je. HAHA boleh gituuu? Kikikiiii.... but hell yeahhh berat gilaaaa wei wei weii... sampai kitorang dua kene divide our luggage pas pas barang untuk kasi equal. Hahaha. 

And yeah... after check in and letak barang tukar baju etc *tak mandi ok! saya ulang... tak mandi. HAHA * perut dah kruk krik krukkkk... Shafiq pun ajak laaa pergi makan... we eat burger dekat nearby cafe. Sumpahhh burger die besar gila weh! Besar and sedap and juicy gile. 1 dish tu portion die untuk dua orang . Haha.. 

Recce Location 
Okay since tujuan utama pi Sydney ni adalah atas dasar job dan kerja.. so 1st thing 1st.. kene la recce location untuk shooting esok . Haha.. i just bring my go pro with me. Sebab tak de fikir nak shoot apa pun. And aku rasa aku bawak 6d aku je dengan 35mm. Kitorang pun pergilahhh gigih berjalan kaki, naik lrt *if tak silap aku la* ke George Street dimana tempat kitorang nak shoot tu. Dan kau nak tauuu takkk... sebelum nak sampai ke tempat shooting tu which is shopping mall, kitorang adalah sesat dan dapat wrong information about the location. Until laaa aku call Renee which is person yang patut aku contact bila dah sampai Sydney.. die cakap aku dah salah tempat and aku kene follow die nye location. So kitorang yang dah berpusing macam gila ni pun follow laaaaa location die kasi tuuu... and yeahhh jumpa punn!! HAHA 

Well aku takde amik gambar Renee tu but to describe her, she is Chinese lady yang duduk di Sydney, and kerja dekat tempat yang kitorang nak shoot ni, Im not sure what is die punya position but surely lah she plays very important role dekat bangunan yang kitorang nak shoot ni. Seeing her, she greet us very nice and yessss.. die bawak kitorang pusing tempat yang kitorang nak shoot ni WHICH IS VERYYYYY BIG! Okay kau melampau lah Ika very big. HAHAHA. But yeahh 3 tingkat dan 27 outlets. To shoot in 3 days. Wuhooooo... dahsyattt... 1 outlets should have 1 story and i got 27 story to tell. Hmm hmm hmmm... aku and Shafiq pun make eye contact kitorang yang aku ngn die je tauuu har har harrr... die macam eye contact yang haahhaaaa matilanakk... xD

Emm after meet with Renee kitorang pun jumpa la Marco which is the owner of the mall... Chinese guy yang jugak duduk di Sydney dah lamaa and manager tempat tu... we had 1 short meeting but pack with many things yang kene buat untuk esok harinya plussss for today jugak. HAHA siapa sangka dan siapa menduga.. dalam niat asal nak recce location tu dah bertukar kepada - okey-mari-kita-start-shoot-kerja-kita-sekarang! Hahaha Marco plan with us to start shoot since kitorang takde apa nak buat *padahal aku ngn shafiq dah plan nak pergi pusing2 bandar Sydney* so dia dengan rela hatinya hantar kitorang balik ofis to pick up all of our equipment to start shooting haritu jugak. HAHA sis dah redha dah since die cakap excited2 tu.. hahahahaha sis takleh nak cakap apa sebab sis orang tengah jeee...

Then here we go, we're having a pre-shooting right before the real shoooot... haritu a whole evening.. and i think so sampai malam.. hahaha

Actually i cannot remember well la but we're having roasted chicken together at the street.. Shafiq beli dekat mart die.. whole chicken okayyy.. HAHA dia siap ajar aku cara nak beli pakai kad... anddd sumpahhh wehh aku rasa very the high tech la... terpegun kejap dengan kemodenan diorang... hummm.. and then we walk together tengok Opera tu... siap amik gambar pakai tripod ha ko rase hahahaha... but whatever it iss.. i am enjoying every moment there.. how we struggle to shoot every outlet inside the mall.. i think so macam dalam 30 kot outlet nak kene cover..  penat weh turun naik atas pergi satu-satu kedai shoot deco and video diorang.. cari idea nak wat video yg macamana... butttt.. sumpah this is 1 of my precious experiencee... sebab aku tak pernah terfikir pun dalam hidup aku... aku dapat shoot video coverage untuk 1 mall di Sydney, Australia.... no need to spend any money pun semua di cover oleh company... and this is very very very precious... thanksss to my ex-boss lah dia give this opportunity eventho actually die boleh bawak Michael pergi kan.. but he choose me.. thanksss a lot! Huaa nak nangis bila ingat balik.. huhu

And that last day.. kitorang jalan n jalan n jalannnnn.... and jalannn sajaa sampai kaki sakit... haha


Im missing Sydney... the weather.. all the elokkss people... foood... big size burgerrr... and the vieww.... sobsss T__T

Im going to spam more pictures of Sydney tapi on different posting kot... weuu... nak kene cari balik gambar2 dekat Sydney...

Ahad, Mei 27, 2018

Add me! I am actively hereeee

Hellooooooo haiiii siapa2 yang singgah... ada perasannnn ada komen yang macam dah lamaaa komen tapi tak reply2 soriiii weh soriii sesangat korangggg! Bukan xnak reply memangg nak tapi dah tak berapa aktif berblog... mostly banyak aktif dekat fb dan ig. Jadi sesiapa yang nak keep in contact tanya apa2 boleh cari kat FB, IG bawah ni.. add la kite leh sembang banyakk...

https://www.facebook.com/zulaikaaibrahim


IG Work

IG Personal

Thank you korang!

Jumaat, Oktober 21, 2016

Hi guyss! I miss bloggingggg!

*terbelanja 1 gambar.. ni time kurus sikit.. sekarang nak kearah kurus jugak la..kikiki*

Assalamualaikum and hi everybodyyy!!
Gilaaa lama weyhh tak masuk blog ni...I think makan banyak tahun gak.. and this few days aku macam banyak gila spend time scroll bloggers and followers lama2 and I am very-very-very supriseeee because some of them still active in blogging... salute broo sis! Sumpah salute.. hehehe.. 
I thought bila aku dah tak aktif tu yang lain pun macam move on tak aktif gak ke more to insta and fb ke.. but ternyata salah. Kihkihkih.. korang still aktif.. gile hebat korang!

By the way.. yeaaa aku pun macam dah lupa bahasa apa yang aku pakai suatu waktu dahulu waktu aktif berblog. Tah.. tak ingat.. kihkih.. so sekarang ni mungkin bahasa macam cacamarba sikit kott.. 

And since I already have this account.. i am thinking about.... uploading all my artworks here. Is it okay? OR tak? Kena la market sikit kan... baru berhenti kerja ni.. kena la rajin sikit kan?

Em yeah, I just quit my job actually... after 3years 10months and __ days working under the same company at last aku berjaya nekad dan buat keputusan untuk berhenti kerja dari syarikat yang dah banyak gila berjasa dekat aku. Dan aku dah dapat life aku balikkk! 
Emmm...bukan la nak cakap sebelum ni teruk gile keadaannya.. but to admit.. yeah.. rasa macam lifeless, tak boleh bernafas, penat, letihhhh, hectic, down and blablabla sewaktu dengannya...

And after month by month thinking about moving on akhirnya aku dah berhenti pada 25hb September 2016 haritu. Im freee! Im FREE guys! HUHUHU! Mesti sesetengah dari korang akan fikir ape la budak ni free apa tah... well.. hanya orang yang tahu masalah hidup aku je yang akan *fewwhhh exhale nafas lepas kuat2* seeing aku berhenti kerja. HAHA depa pun dah penat kot tengok aku menangis saban hari cakap pasal penat dan penat..

Hmm... banyak benda nak cerita, but let cut it short... i will be back! KIHKIH.. aku selalu janji pada diri once aku buat 1 post aku akan keep on track post lagi post lagi.. tp tu la.. haremm...

TAPII! 

Aku betul janji kat diri.. aku nak aktif balik blogging. Tu je terapi aku untuk luahkan apa yang terbuku dihati. Kan? haha.. 

See u guys later on the next post! Love you lah

Rabu, Jun 19, 2013

Final Assignment for PCT 527+PCT 525

 Jyeahhh... aku macam sempat update satu blog dicelah kesibukan menaip presentation BEL esok...
Uhuuu kene update jugakk walaupun aku macam dah skip beberapa posting kann..
HAR HAR HARR

Okay last weekend aku adalah menyibukkan diri dengan menyiapkan final assignment video aku
Sangat sangat fun and sangat sangat best!
Because for the first time aku mencedok pengalaman shooting dengan band! Sebelum ni tak pernah hadapinya okayyy...
*Terharuuu sobsob.. hahaha
Penat dia boleh tahan.. tapi sebab seronok jadi aku macam tak rasa sangat la penat tu
Plusss with kitorang macam konfiden dengan certain setting of the camera...
Sebab ingat balik time aku shoot short film halusinasi.... HAHAHAHA
sume ape pon aku tak paham.. so sekarang macam dah topup2 sikit pembelajaran ktorang so macam konfiden la.. ngeee
Tada! Ni band kitorang.. 3rd Party Band... semua dah kawinnn... bwahahaha motif sgt mention semua dah kawin :P 
Dorang punya studio terletak dekat Putra Perdana... and yeah dorang sangat sangat sporting..
HAHAHA! walaupun terpaksa berpeluh2 halammmm sambil main alat muzik dorang recording for their video clip... walaupun terpaksa retake-retake-reshoot-reshoot banyak kali... walaupun terpaksa bersabar dengan kerenah ktorang.. dorang tetap sempoiii..
Sempoi abaq anggg.. ngehhh
 This is Faiz.. my classsszzzmatesss... yang jadi talent untuk video klip kitorang... 
 tgk aaa tuhh muke acah2 nak serius la sgttt
 Seeee whattt... battery is getting lowww.. bwahahaha!
 Ni aku acah2 nak jadi guitarist tapi tak kesampaian sebab jari2 pendek nak petik gitar. HAHAHA!
And here... this is our group production... dari kiri Cekodok, Nad, Nisa, Alap and Atey... takde dalam gambar. hoho...
Insya allah kitorang akan edit video tu and publish nanti.. insya allah la...
:P

Rabu, Jun 12, 2013

Degree is freaking tiredddd

Lepas setel satu kerja datang satu kerja lain...
Ni album abg Ari ngn kak Wieda tak buat2 lagi
album Wani ngn Ajman pon tak siap lagi padahal da kawin bapa taun da dorang..
muahahaa....
Tapi seriously baru aku sedar yang alam Diploma dengan Degree adalah sangat sangat lain....
memang freak habis..
bahahahahaa
jakun tak?
orang lain pon belajar tapi aku nak buat teghukkk sgt dah kenapaaaa
:P
poyo la ika. berenti boleh tak dari jadi poyo sgt :P

Hm....
.
.
.
.
.
.
tapi realitinya itu yang aku nak mengadu pon
ngeh ngeh ngeh....
Sem ni aku sem 3... disebabkan aku adalah mangsa penerapan diploma
haha... jadi telah ditakdirkan aku ada 11 subjek sepertimana yang aku ura-urakan pada post yang lepas2....
haihh..
carrying 11 theory subject is quiet mencabar bagi diri aku yang serba tak berapa nak genius sgt ni
Genius sikit sikit je la kalau teringin pon sikit la maybe dari huruf Genius tu aku boleh dapat G jela...
HAHAHA
jadi memandangkan degree sem 3 adalah pembelajaran theory kecuali subjek video encik mamat n helymy serta subject Puan Moi... jadi yang lain adalah teori semata....
wewhhh
teori die jangan main-main bro....
jenis kene buat report serius apak die...
citation... paraphrasing...
jenis ko akan perah otak kau...
ko akan hadapi banyak presentation...
and for almost everyweek and everyyyday of the week akan ada presentation sama ada group atau individual
dan test akan jadi melambak lambak sekali bagi sederap kau akan terkulai layu (poyo ar takyah dramatik sgt lah)
HAHA..
penat wa cakap sama lu
penat otak wa pikir..
huu...
ni dalam seminggu lebih ni aku bakal menghadapi final exam aku pulak...
oh mai gad......
macam tak percaya aku telah akan menghadapi FINAL EXAMMMMM tak lama lagiii
huaaaaaa
stressss

:'(
btw...... takde gmba nak tnjuk... after all the matters nanti insya allah aku akan update blog bergambar ye kawan2...
maaf diatas ke-buat-buatan sibuk ini.. hahahahahaha
:P

Ini adalah Kalumpang.. trip kelas Dr.Mus... fun but very the mentally and physically tired... hahaarr

Selasa, Jun 11, 2013

What a hectic month

Hmmmmmmmmmmm da lama gua tak update blog gua kann!
haihh banyak benda aku nak cerita kat sini
dan sumpah banyak gila gambar nak tnjuk
tapi apakan daya aku terlalu banyak kerja 
Ya Allah banyak yang sampai ko akan rasa kepala ko terbenam dalam air sungai yang dalam
sesak2 lalu muntah dan pengsan kelemasan
HAHAHAHA
aku sampai taktau mana satu nak buat dlu mana satu nak buat kemudian
dan aku sampai rasa setiap minit yang aku lengahkan tu adalah satu pembaziran
tapi salunye bila berlaku pembaziran tu aku tak rasa apa2... tapi bila dah berlaku pembaziran tu aku mule la rasakan kerugiannya...
haha normal la tu kan..

HMMM... apa apa pun.. aku akan update dikemudian hari ye..
Assalamualaikum bloggers :)

Jumaat, April 26, 2013

Cantiknya

I just found a new spot untuk shoot wedding ala ala Twilight Edward Cullen and Bella... wakakakaa
cantik gilaaaa...
dan jalan dia sangat panjang!
sangat terkelu jugak laaa hehehe

Khamis, April 25, 2013

Dah 3 minggu Oren tinggalkan kami...



Dah 3 minggu Oren pergi… aku balik Perak satu minggu ni.. sebab aku cuti sem kan… hmm… keluar keluar je dari kereta aku cari oren… siap panggil2 nama oren da macam orang meroyan… hahahahaha!
Sedih do….. sumpah sedih… aku ingat duduk dekat Puncak Alam tengok gambar2 Oren je boleh buat aku sedih… tapi balik rumah… tengok kubur oren… lagi buat aku sedihhhh doooooooooo…. *lap lap hingus

Huuu… Oren…… kitorang semua rindu kau….. walaupun mak ada bawak balik anak kucing kembar…. dan walaupun ada seekor tu sikit nak macam kau… tapi tetap tak sama…. aku tetap cari kau….
Memang kucing kembar tu dah hiburkan aku ngan Amri… comel gila weh Oren! Dekat leher die ade loceng… mak pasangkan loceng…. tapi kan…. tiapkali aku keluar rumah… aku tengok kubur ko dekat tepi rumah tu… aku terus termenung ingat dekat ko…. mesti ko dah jadi tulang dekat dalam tanah tu kan Oren….. dan Amri bangga gile bile baju dia digunakan untuk kapankan ko…. hahaha bangga gile sampai sekarang asyik sebut.. poyoooo

Hmm… bayangkanlah pagi tadi aku nak balik ikut ayah pergi KL pun aku boleh termenung tengok pagar luar…. aku bayangkan ko tengah lari lari lompat lompat hantar aku nak balik….
Semalam pun Amri cerita dekat aku dalam kereta sebelum ko nak pergi tu ko dapat makan sedap sedap… ko makan ketam yer Oren? hehehe… Amri kata ko gigit smua kulit ketam tu.. ekekeke
Huaaa kenapa aku tak boleh lupekan ko Oren…. aku pergi mana mana bila Nampak kucing…. aku mesti harapkan yang kucing tu adalah Oren yang aku pernah ada… tak sama banyak dapat sikit pun jadi lah… kurang kurang kitorang satu keluarga ni tak rindu sangat bila kau dah pergi…..


Sobsobsob….


Semua tegur aku… yang dah pergi tu biarla pergi.. bukannye boleh hidup balik keluar dari tanah….
Tapi Oren….  aku nak jumpa kau… sbenarnya aku asyik teringat perangai selamba kau tu…. pastu yang tak heran dengan apa kitorang buat dekat ko… pastu buat aku asyik ingat bila ko mengeow ngan suara kecik ko tu dekat telinga aku bila kau lapar…. haaaaaaaaaa

Amri cerita jgk dekat aku… waktu kau pergi 3 minggu yang lepas… mak telefon dia suruh dia sabar dan jangan sedih dengar berita ni… mak bagitau dia yang ko dah mati…. ko mati bawah pokok tepi jalan….
Lepastu Amri tak percaya langsung dia ingat Angah main main dengan dia… lepastu dia pergi tengok bangkai kau dekat bawah pokok tu… kepala ko dah dikerumuni kerengga.. Amri terus sedih gila tengok kau dah mati…. terus dia pergi masuk rumah naik atas menangis dekat bilik sepuasnya…

Tengok Oren…. kami semua sayang kau… tak pernah terlintas langsung kami nak benci kau….
Amri cakap…. dah puas nangis…. dia pergi cari kotak sebab nak angkat letak bangkai kau dalam kotak untuk ditanam… sambil cari kotak tu pun dia menangis tak berhenti…
Hm… aku dapat bayangkan betapa sedihnya.. kalau aku…….. kalau aku yang ada dekat sana waktu tu… memang aku akan nangis….. kucing kesayangan kami dah pergi….. pergi yang takkan kembali…
Lepastu Amri angkat kau bawa balik kerumah sambil menangis2… sampai budak tepi jalan pun pelik tengok dah kenapaa dengan dia…
Amri cuci kepala ko yang kena kerengga tu dengan air… lepastu ayah balik ayah pun tanam ko…. menangis2 ayah gali liang untuk tanam ko… becucuran air mata dia…

Tapi kan Oren..... kitorang bersyukur sangat… sebab kau pergi dengan tenang.... itulah hadiah terindah buat kitorang…. sebab kitorang bayangkan kau pergi kene langgar kereta sampai terburai isi perut… sampai pecah kepala.. tercabut kepala… tu lagi sedih Oren… dan lagi sedih kalau kau mati tapi kami tak jmpa langsung bangkai kau….



 Tak apala Oren… yang pergi tetap pergi.. Eida kata… nanti jumpa jugak dekat akhirat…. aku akan cari pengganti kau Oren… insya allah…. aku akan sayangi semua kucing dekat mukabumi ni macamana aku pernah sayangkan kau Oren…. thank you Oren! Sebab kau lah paling comel sekali hadir dalam hidup kami sekeluarga… and be a part of our family! Thank you Oren! I love you!
Rindu nak tengok kau baring atas tilam dengan kitorang... :)

Sekarang ni si Sate dah diam kata makcik Tipah... sebab Oren dah takde...
aku rasa die tau dia dah kehilangan Oren...



sebab dulu kalau Oren ada.. Orenla tempat die bergaduh.. tempat die berkawan... hahaha

Ermmm Ibu pulak dah sombong tau tak....
Dia dah takde nak duduk rumah kitorang dah...
dia dah duduk rumah jiran hujung je..
haritu kitorang lintas pastu nampak Ibu atas kereta....
kitorang panggil2 die...
dia boleh paling tengok tempat lain...


Ibuuuu! kenapaaaa dah lupakan kamiii
Sobsob...


Sabtu, April 20, 2013

Engagement of Ari & Wieda

 HAHA today adalah Abg Ari's engagement day! weee....
Tak sangkaaa lah abang Ari dah jadi tunang orang daaa...
dan bakal tamatkan zaman bujangnya tak lama lagi
Heee....
Okay nak dijadikan ceritanya..
hari ni aku telah memflykan diri ke Kuala Terengganu.. untuk rombongan merisik kak Wieda... 
hehe... 
kitorang pergi dua kereta...
Pajero... dan juga Myvi...
tapi sayangnya ibu tak dapat nak ikut sbb kerja...
sobsob..
So lets enjoy the picture...
ini je yg aku rajin nk edit....
selebihnya boleh dilihat di dalam hadisk..
wakakaka

 This is abang ari & Kak Wieda... kak wieda comel gilaaaa....
hahaha



HAHAHA dan gamba last yang bongek... wakakakaa

Isnin, April 15, 2013

Kau pergi jua si oren..

Dia dilahirkan dari perut Ibu.. kucing kami yang dipanggil ibu disebabkan perwatakannya yang penyayang dan lembut...  waktu aku dan angah tengok dia dekat dalam almari tu.. dia kecik je lagi.. dia dengan kakak dia.. si hitam...
Hari berganti hari masa berganti masa.. dia dah besar pun! Heheee.... 
 Dia paling cergas... 
 Dia paling lincah...
 Dia paling ingin tahu...
 Dia paling lasak.. paling ngade2..
 Paling poyoooo sgt...
 Paling comel paling gedik sgt...
 Selalu dimanja ibu....

Tapi sekarang aku memang tak akan lagi berjumpa dengan dia lagi... si oren yang aku sayang.... 
Dia lah penghibur aku waktu aku suka dan duka... tiapkali aku balik Perak... dia akan sambut aku depan pintu.. dia akan berlari lari kejar aku dapatkan aku dengan badan panjang dan ekor kontot dia... muka paling mengada ngada sekali... dengan suara kecik dia...

Hm... aku rindu si Oren aku...
dulu aku cuti sem, aku selalu duduk rumah... dan adik2 mak dan ayah pasti akan ke tempat kerja... aku seorang... tapi tak pernah aku rasa keseorangan langsung..
sebab dia sentiasa ada... dia, si hitam dan ibu... tapi dia paling lekat di rumah...
dia selalu ke dapur temankan aku masak dan kemas...
dia selalu sibuk ikut aku basuh n sidai kain dkt atas....
dia selalu kacau aku tgk tv lalu lalang depan aku mnx perhatian....
kalau aku on9 pakai laptop dia la paling ligat akan panjat laptop aku dan jalan dekat atas keyboard aku....
kadang kadang aku geram dengan dia.... hahahaha tapi dia penghibur aku...
tiap kali lapar dan makanan dia habis aku akan ajak dia ikut pergi kedai beli makanan kucing untuk dia...
dia paling manja.... haha....
dan bila aku nak tidur.. dia pun akan ada sama dalam pelukan aku....
dia sentiasa temankan aku...
dia sentiasa hiburkan kami sekeluarga
dia lah sebahagian keluarga kami....
dengan keletah dia...
ayah pun sayang...
emak pun sayang...
semua sayang dia...
tak pernah terdetik rasa benci....

Tapi sekarang dia dah tak ada lagi... dia takkan ada lagi dkat dunia ni...
dia sudah pun berjumpa dengan pencipta-Nya...
aku terkejut bila satu hari keluarga aku telefon aku katakan yang oren sudah pun mati...
mak kata angah jumpa dia terdampar dekat tepi jalan dibawah pokok...
Waktu tu angah tengah repair moto dekat kedai motor depan rumah... 
angah nampak dia terbaring atas jalan... ingatkan oren tidur...
lepastu hujan mula datang berjurai....
tapi oren tak bergerak langsung...
angah terus bergegas dan bila dibelek... oren dah pun pergi menghadap ilahi...
Jasad dia kaku dah tak bergerak....
bercucuran air mata aku bila tgk bangkai dia...
dah tak ada dia yang lincah berlari nak kejar dapat kan aku.. 
kau paling kaku tak bergerak ni oren...

Sampai sekarang aku tak percaya ini adalah dia..... Oren yang aku kenal comel dan ceria...
dengan mata bundarnya... dia paling aku kenal....
Ayah balut si Oren untuk ditanam... aku tahu ayah angah dan amri menangis waktu ni...
oren yang selalu kami usik dah mati tak bergerak langsung.. kaku dan kejung


 Ayah menangis... aku tahu perasaan dia.. aku faham perasaan dia.... sebab aku pun sangat sayangkan Oren...
sedangkan Ibu sakit dulu pun aku boleh menangis..
ini kan pula bila Oren dah pergi...

Aku takkan jumpa Oren dah...
aku tahu.. orang akan cakap...
- Ala.. kucing je pun... tu pon nak sedih nangis2 pe bagai...

Kucing pun makhluk Allah layak disayangi dan nabi sendiri menjadikan kucing sebahagian keluarganya...

aku hidup bersama Oren... aku lihat dia membesar ligat...
aku tengok macamana sedihnya dia bila dia balik rumah tengok kakak dia yang lahir bersama dia dah tak ada di rumah...
Oren aku mntak maaf.... aku tak ada niat nak pisahkan kau dengan hitam....
tapi aku terpaksa....
aku tahu Oren sedih sangat bila kakak dia tak ada....
berhari hari dia murung...
dia paling diam..
dia paling lemah... 
dia paling nak tidur je tiap masa...
aku inngat lagi waktu aku genggam tangan dia... lemah terkulai sebab dah tak ada semangat dan kawan lagi untuk bersama...

Sampai ayah cakap dekat dia... pergi lah cari kawan dekat luar..

Tgk2 betul dia ikut apa ayah cakap...
dia keluar.. tapi bergaduh dengan kucing lain...
balik2 kaki dia dah terhincut hincut...
aku sedih... sebab aku ke dia keluar dan terpaksa bergaduh dengan kucing lain....

Ayah cakap dekat aku... sehari sebelum dia pergi... dia makan rojak dengan ayah... betul2 sebelah ayah...
dia mintak rojak dekat ayah....

Esoknya.... dia dah pun pergi menghadap Ilahi....

Aku tak ada disisi Oren waktu oren pergi.... aku dekat Puncak Alam...
mak dan ayah yang khabarkan dekat aku pemergian oren...
tu pun mak yang cakap... sebab mak cakap, ayah sebak bila teringat oren...
ayah sayangkan oren... oren paling melekat dengan ayah.,.
taktau kenapa... oren suka dimanja ayah...

Oren.... kalau kau boleh mendengar lagi...
aku nak sampaikan... yang aku mnta maaf kalau aku tak layan kau buat endah tak endah
aku tak kasi kau makan ke....
dan aku mnx maaf oren... sebab aku pisahkan kau dengan hitam...
Oren.... aku rindu kau.....
lepasni kalau aku balik PErak....
aku dah tak akan tengok kau sambut aku dekat muka pintu...
aku takkan nampak kau tergedik2 datang dekat aku bila aku parking kereta...
aku takkan dapat peluk kau waktu kau tidur...
aku takkan dapat dah main genggam2 kaki dan tangan kau....
takkan dapat..
aku takkan dapat nak gosok2 bawah dagu kau... macam selalu...
dan aku dah tak ada teman untuk aku luahkan perasaan bila aku happy dan sedih....
selalu kau yang ada pun....

Oren..... aku dah tak dapat tgk kau lagi..................................
aku rindu kau Oren.......
rindu kau sgt.....
aku rindu keletah kau yang menghiburkan kami sekeluarga....
tapi aku redha dengan kuasa Allah...
Allah pinjamkan aku seekor kucing yang sangat comel.... 
walaupun sekejap sahaja tempoh kita....
tapi aku sangat gembira dengan kehadiran kau....
semoga kau tenang disana... 

Oren yang kami sayang.... sentiasa lah ceria dan manja.... :)





Rabu, April 10, 2013

Gigih sangat niiii Kaligrafi oi

 Eg yang tak sudah sudahh
 Mony ustazah habisss
 Amin sooo sooo tekun 
 Haaaa... haaaa
 Our MPP.. hehehe


Haaa gigih tak kawan2???
HAHAHA... the most gigih class is Calligraphy Class...
waktu ini adalah paling tekun dan paling 'tolong jangan kacau aku!'
sebab ustad ada limit ajar ktorang.. 1 jam je kot tak silap aku...
so payah gak laaa...
masing2 jawi pon slow2...
nasib baik laaa ajar basic word dlu..
hehehehe ni pon merangkak2 ... kelakar takkk!
Wuhuuu
dan kitorang ada kerja final yang sangat mencabarrr.. jeng jeng jenggg!!

:)

Daisypath Anniversary tickers