Uhuh… sekarang ika berniat nak menulis review tentang Konsert Alam Muzik M.Nasir. Even ika ta pergi konsert beliau tapi kan… sebagai peminat yang dambakan muzik beliau tiap masa… adalah baik untuk tulis entri khas tentang beliau. Cewah… ayat ta bole belah… lalala~
Upp.. kejap kejap... mahahaha.. asal tajuk panjang lebar niha... kakaka.. balas dendam ta dapat na online ngan sempurna. So duk rumah takde tenet ika sibuk bermesraan dengan Microsoft Word. Taip taip apa yang ika nak post tuk entri terbaru. Haaa.. hamek kaw... panjang entri aku rini. HaHaHaHaHa. Okey sambung balik dibawah;Ppemuzik iringan yang diketuai Nan membantu menghangatkan lagi Konsert Alam Muzik M.Nasir di Istana BudayaAhaa… semalam ada terbaca artikel tentang Konsert Alam Muzik M.Nasir di Berita Harian. Dua mukasurat ada 4 gambar dikepil bersama. Tengok 4 gambar tu je dah memadai nak ceritakan segalanya. Yess. Havoc. Fantastic. Superb. Supernova. Ta dapat pergi dapat tengok gambar pon da memadai kanss… hahah… sekarang biar ika cerita tentang program+aktiviti sepanjang konsert Alam Muzik. Semua ni dipetik dari surat khabar Berita Harian. Hmm.. sape yang malas na bace suat khabar tu,[2x5 je ngan ika.ihiks]meh ika tulis ringkas kat sini.M.Nasir bersama Ali Bakar, pengurus besar Box Office(M)Sdn.BhdSifu M.Nasir sudah pun berusia 52 tahun tapi siapa sangka dalam usianya yang sebegitu beliau masih gagah dan bertenaga menyanyikan 30 lagu dalam masa 3 jam untuk tiga malam berturut-turut. Tiada tanda tanda penat terbit dalam diri beliau walaupun peluh sudah membasahi bajunya. Beliau terus berdiri tatkala bermain gitar secara solo sedangkan pemuzik yang mengiringinya masih ada kesempatan untuk berehat seketika. Fuhh.. hebat kan? Nyanyi peluh peluh kan ke hebat namanya tuh.. baru la namanya penyanyi ye tak? HaHah. Alam Muzik M.Nasir memang cukup luas. Daripada pop rock kepada inang dan joget. Daripada keroncong, jaipong dan irama padang pasir hinggalah kepada muzik funky. Semuanya dikeluarkan sepanjang tiga jam beraksi dalam persembahan terulung Konsert Alam Muzik M.Nasir.M.Nasir di Konsert Alam MuzikaIa dimulakan menerusi persembahan lagu Cermin Mimpi diikuti dengan Bukalah Hatimu dan diakhiri pula dengan Juwita.. Citra Terindah, semuanya memang tidak menghampakan penonton yang memenuhi tempat duduk tiga tingkat Istana Budaya. Tidak dinafikan barisan pemuzik yang diketuai oleh Aznan Alias turut membantu memantapkan lagi persembahan M.Nasir. Alunan gitar bass daripada Jay Jay cukup jelas dan menghiburkan, satu bukti betapa pengalamannya sebagai orang lama memang tidak pernah pudar.3 penari yang dinamakan M Nasir sebagai Beyonce, Rihanna dan Britney SpearsIbarat sebaris seni kata lagu Ada, iaitu Dalam Aku, ada dia, dan dalam dia ada kita semua – hampir semua lagu yang dinyanyikan oleh M.Nasir memang ada kisah dan ceritanya yang tersendiri sama ada tersirat atau tersurat. Mentera Semerah Padi yang dimuatkan dari album Canggung Mendonan pada tahu 1993, Loloq bagaikan menjadi teras kepada Konsert Alam Muzik M.Nasir. Lagu yang seni katanya ditulis oleh Nurbisa[nama lain yang digunakan oleh Allahyarham Loloq] menghangatkan suasana dalam panggung.
Selain itu beliau membawa lagu Keroncong Untuk Ana, Suatu Masa, Hijab Kekasih, Masirah dan Sentuhan Listrikmu dengan penuh syahdu. Biarpun diakui lagu balada nyanyiannya tetap indah, tetapi dalam konsert seperti itu, penyanyi itu selesa untuk membawa lagu rancak biarpun ia bermakna itu akan mengerah banyak kudratnya. Ketika inilah dapat dilihat bagaimana M.Nasir seperti biasa akan ‘naik hantu’ dengan aksi tari yang spontan saja sehingga tidak dapat dipastikan sama ada ia silat, tarian atau kungfu. Tapi kalau yang betul-betul peminat kipas susah mati M.Nasir tu.. sure dah fahamlahh dengan perangai M.Nasir ketika di pentas. Sebab, tulah gaya M.Nasir kan? M. Nasir kan lain daripada yang lain.. dia punya karisma tersendiri sampai orang lain mustahil takkan dapat ikut. Betul apa ika cakap ni kan? HaHah.
Lagu lagu rentak rancak seperti Raikan Cinta, Ada, Phoenix Bangkit Dari Abu dan Andalusia atau Keroncong Nostradamus lah yang membawa kepada sifat ‘naik hantu’ M.Nasir tu… hmm.. well.. lagu lagu tu memang evergreen dan sedapp! Thumbs up lar senang kata.
Sambil bermain gitar solo, M.Nasir menyanyikan lagu Langgam Pak Dogo dalam loghat Kelantan selain dengan bersahaja mengalunkan lagu klasik daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Getaran Jiwa. Begitupun tidak dinafikan barisan pemuzik yang mengiringi persembahannya selama 3jam untuk 3 hari berturut turut memang antara terbaik dan menjadi tulang belakang konsert. Diketuai oleh Aznan Alias atau Nan sebagai pemain gitar utama, pemuzik lain ialah Zulkifli Mahat(piano), Jay Jay(bass), Ahmad Firdaus Mahmud(keyboard pertama), Eddie Ahmad@Eddie Sham(keyboard kedua), Napie Spider(gitar kedua),Shaharudin Sariman@Ujang(drama), Muhardiman Ismail@Mohar(seruling), Khairul Izwan Kamarulzaman@Pa’ang(perkusi pertama) dan Hamzah Hasyim(perkusi kedua).
Turut membantu persembahan vocal M Nasie ialam empat penyanyi latar iaitu Tijah Muhamad Nor, Yuaz Bahtiar Kasim, Juwanita Ismail dan Wan Mohd Azran Wan Hamzah.
Tiga jam memang tidak cukup untuk menyanyikan semua lagu lagu terbaiknya. Banyak lagu popular tidak sempat disampaikan oleh M.Nasir seperti Tanya Sama Itu Hud Hud, Anak Anak Kita, Bonda, Mustika, Biarkan Luncai Terjun dan banyak lagi.
Seperti kata kata M Nasir dalam kulit album Phoenix Bangkit, “Selagi mentari harapan memancarkan sinarnya akan tetap ada lagu untuk dinyanyikan. Syukur pada ilahi atas segala-galanya”.Antara cenderamata yang ada di Konsert Alam MuzikHmm… kesimpulannya… konsert Alam Muzik ni memang besties in the world lar… cewah.. baca citer lam suat kaba jer da rase bahang bahang dah… ahahaha…
Well… amacam? Bapak panjang lar entri nih… terima kasih la kepada Konsert Alam Muzik M Nasir kerana telah buat ika jadi rajin nak menaip balik apa yang ada lam surat khabar uh. Eh! Bukan saja saja okeyy… sebab topik Konsert Alam Muzik ni lar alhamdulillah trafik blog ika ni naik.. dorang search google jumpa entri Konsert Alam Muzik yang ika tulis lama dulu then tinggal jejak kat feedjit and nuffnang… terima kasih lalala~ naik nuffnang gue. Jadi yang dah bace tu picitlar benda biru kat atas sebelah kanan tu.Plis.Plis.Plis. Hargai kerja saya. Mahahaha.
Tu sebab ika rajin na menulis niha… ihiks… hmm… line tenet ika kene potong… hahahahahaha… ayah kata dia malas na bayar dah tertunggak RM600. Ayah kata bayarla guna duit ika dapat kat Nuffnang pejadah uh.. kakakakaka… Nuffnang pun bawu dapat bape ringgit inikan na bayar 600… ohh tidak… jadi wat mase nih… bertapak lar ika kat cyber café… benci aku. Huh.
Okey.. sekian melaporkan. Tata Titi Tutu.
6 ulasan:
Ada gak budak2 remaja minat m nasir eh?
oo siannya kamu xda tenet dh...kna men kat cc memang leceh tol...
Ohh peminat M.Nasir ye .. (:
oo... m nasir nie mmg otai... setakat 30 lagu kacang kot bagi dia... haha... ermm... patut la panjang giler entry.. dia tulis siap2 dalam word rupanya... haha
eins:
hahaha
minat2..rmaja arus minat
bwu otak tu blance
mahaha
mmg ta besh pon
manyak ciaa kt cni
lalala~
dhada:
ha'aa
mnat sgt.dan sgt.
ihik
tular
ptut pun diew dpt glaran sifu uhh
hihih
ha'aa
da ciap tulis lam words
law tak..tade maknenyer na tulis spnjang nihh
;DDD
Catat Ulasan