Jumaat, Oktober 21, 2016

Hi guyss! I miss bloggingggg!

*terbelanja 1 gambar.. ni time kurus sikit.. sekarang nak kearah kurus jugak la..kikiki*

Assalamualaikum and hi everybodyyy!!
Gilaaa lama weyhh tak masuk blog ni...I think makan banyak tahun gak.. and this few days aku macam banyak gila spend time scroll bloggers and followers lama2 and I am very-very-very supriseeee because some of them still active in blogging... salute broo sis! Sumpah salute.. hehehe.. 
I thought bila aku dah tak aktif tu yang lain pun macam move on tak aktif gak ke more to insta and fb ke.. but ternyata salah. Kihkihkih.. korang still aktif.. gile hebat korang!

By the way.. yeaaa aku pun macam dah lupa bahasa apa yang aku pakai suatu waktu dahulu waktu aktif berblog. Tah.. tak ingat.. kihkih.. so sekarang ni mungkin bahasa macam cacamarba sikit kott.. 

And since I already have this account.. i am thinking about.... uploading all my artworks here. Is it okay? OR tak? Kena la market sikit kan... baru berhenti kerja ni.. kena la rajin sikit kan?

Em yeah, I just quit my job actually... after 3years 10months and __ days working under the same company at last aku berjaya nekad dan buat keputusan untuk berhenti kerja dari syarikat yang dah banyak gila berjasa dekat aku. Dan aku dah dapat life aku balikkk! 
Emmm...bukan la nak cakap sebelum ni teruk gile keadaannya.. but to admit.. yeah.. rasa macam lifeless, tak boleh bernafas, penat, letihhhh, hectic, down and blablabla sewaktu dengannya...

And after month by month thinking about moving on akhirnya aku dah berhenti pada 25hb September 2016 haritu. Im freee! Im FREE guys! HUHUHU! Mesti sesetengah dari korang akan fikir ape la budak ni free apa tah... well.. hanya orang yang tahu masalah hidup aku je yang akan *fewwhhh exhale nafas lepas kuat2* seeing aku berhenti kerja. HAHA depa pun dah penat kot tengok aku menangis saban hari cakap pasal penat dan penat..

Hmm... banyak benda nak cerita, but let cut it short... i will be back! KIHKIH.. aku selalu janji pada diri once aku buat 1 post aku akan keep on track post lagi post lagi.. tp tu la.. haremm...

TAPII! 

Aku betul janji kat diri.. aku nak aktif balik blogging. Tu je terapi aku untuk luahkan apa yang terbuku dihati. Kan? haha.. 

See u guys later on the next post! Love you lah

Rabu, Jun 19, 2013

Final Assignment for PCT 527+PCT 525

 Jyeahhh... aku macam sempat update satu blog dicelah kesibukan menaip presentation BEL esok...
Uhuuu kene update jugakk walaupun aku macam dah skip beberapa posting kann..
HAR HAR HARR

Okay last weekend aku adalah menyibukkan diri dengan menyiapkan final assignment video aku
Sangat sangat fun and sangat sangat best!
Because for the first time aku mencedok pengalaman shooting dengan band! Sebelum ni tak pernah hadapinya okayyy...
*Terharuuu sobsob.. hahaha
Penat dia boleh tahan.. tapi sebab seronok jadi aku macam tak rasa sangat la penat tu
Plusss with kitorang macam konfiden dengan certain setting of the camera...
Sebab ingat balik time aku shoot short film halusinasi.... HAHAHAHA
sume ape pon aku tak paham.. so sekarang macam dah topup2 sikit pembelajaran ktorang so macam konfiden la.. ngeee
Tada! Ni band kitorang.. 3rd Party Band... semua dah kawinnn... bwahahaha motif sgt mention semua dah kawin :P 
Dorang punya studio terletak dekat Putra Perdana... and yeah dorang sangat sangat sporting..
HAHAHA! walaupun terpaksa berpeluh2 halammmm sambil main alat muzik dorang recording for their video clip... walaupun terpaksa retake-retake-reshoot-reshoot banyak kali... walaupun terpaksa bersabar dengan kerenah ktorang.. dorang tetap sempoiii..
Sempoi abaq anggg.. ngehhh
 This is Faiz.. my classsszzzmatesss... yang jadi talent untuk video klip kitorang... 
 tgk aaa tuhh muke acah2 nak serius la sgttt
 Seeee whattt... battery is getting lowww.. bwahahaha!
 Ni aku acah2 nak jadi guitarist tapi tak kesampaian sebab jari2 pendek nak petik gitar. HAHAHA!
And here... this is our group production... dari kiri Cekodok, Nad, Nisa, Alap and Atey... takde dalam gambar. hoho...
Insya allah kitorang akan edit video tu and publish nanti.. insya allah la...
:P

Rabu, Jun 12, 2013

Degree is freaking tiredddd

Lepas setel satu kerja datang satu kerja lain...
Ni album abg Ari ngn kak Wieda tak buat2 lagi
album Wani ngn Ajman pon tak siap lagi padahal da kawin bapa taun da dorang..
muahahaa....
Tapi seriously baru aku sedar yang alam Diploma dengan Degree adalah sangat sangat lain....
memang freak habis..
bahahahahaa
jakun tak?
orang lain pon belajar tapi aku nak buat teghukkk sgt dah kenapaaaa
:P
poyo la ika. berenti boleh tak dari jadi poyo sgt :P

Hm....
.
.
.
.
.
.
tapi realitinya itu yang aku nak mengadu pon
ngeh ngeh ngeh....
Sem ni aku sem 3... disebabkan aku adalah mangsa penerapan diploma
haha... jadi telah ditakdirkan aku ada 11 subjek sepertimana yang aku ura-urakan pada post yang lepas2....
haihh..
carrying 11 theory subject is quiet mencabar bagi diri aku yang serba tak berapa nak genius sgt ni
Genius sikit sikit je la kalau teringin pon sikit la maybe dari huruf Genius tu aku boleh dapat G jela...
HAHAHA
jadi memandangkan degree sem 3 adalah pembelajaran theory kecuali subjek video encik mamat n helymy serta subject Puan Moi... jadi yang lain adalah teori semata....
wewhhh
teori die jangan main-main bro....
jenis kene buat report serius apak die...
citation... paraphrasing...
jenis ko akan perah otak kau...
ko akan hadapi banyak presentation...
and for almost everyweek and everyyyday of the week akan ada presentation sama ada group atau individual
dan test akan jadi melambak lambak sekali bagi sederap kau akan terkulai layu (poyo ar takyah dramatik sgt lah)
HAHA..
penat wa cakap sama lu
penat otak wa pikir..
huu...
ni dalam seminggu lebih ni aku bakal menghadapi final exam aku pulak...
oh mai gad......
macam tak percaya aku telah akan menghadapi FINAL EXAMMMMM tak lama lagiii
huaaaaaa
stressss

:'(
btw...... takde gmba nak tnjuk... after all the matters nanti insya allah aku akan update blog bergambar ye kawan2...
maaf diatas ke-buat-buatan sibuk ini.. hahahahahaha
:P

Ini adalah Kalumpang.. trip kelas Dr.Mus... fun but very the mentally and physically tired... hahaarr

Selasa, Jun 11, 2013

What a hectic month

Hmmmmmmmmmmm da lama gua tak update blog gua kann!
haihh banyak benda aku nak cerita kat sini
dan sumpah banyak gila gambar nak tnjuk
tapi apakan daya aku terlalu banyak kerja 
Ya Allah banyak yang sampai ko akan rasa kepala ko terbenam dalam air sungai yang dalam
sesak2 lalu muntah dan pengsan kelemasan
HAHAHAHA
aku sampai taktau mana satu nak buat dlu mana satu nak buat kemudian
dan aku sampai rasa setiap minit yang aku lengahkan tu adalah satu pembaziran
tapi salunye bila berlaku pembaziran tu aku tak rasa apa2... tapi bila dah berlaku pembaziran tu aku mule la rasakan kerugiannya...
haha normal la tu kan..

HMMM... apa apa pun.. aku akan update dikemudian hari ye..
Assalamualaikum bloggers :)

Jumaat, April 26, 2013

Cantiknya

I just found a new spot untuk shoot wedding ala ala Twilight Edward Cullen and Bella... wakakakaa
cantik gilaaaa...
dan jalan dia sangat panjang!
sangat terkelu jugak laaa hehehe

Khamis, April 25, 2013

Dah 3 minggu Oren tinggalkan kami...



Dah 3 minggu Oren pergi… aku balik Perak satu minggu ni.. sebab aku cuti sem kan… hmm… keluar keluar je dari kereta aku cari oren… siap panggil2 nama oren da macam orang meroyan… hahahahaha!
Sedih do….. sumpah sedih… aku ingat duduk dekat Puncak Alam tengok gambar2 Oren je boleh buat aku sedih… tapi balik rumah… tengok kubur oren… lagi buat aku sedihhhh doooooooooo…. *lap lap hingus

Huuu… Oren…… kitorang semua rindu kau….. walaupun mak ada bawak balik anak kucing kembar…. dan walaupun ada seekor tu sikit nak macam kau… tapi tetap tak sama…. aku tetap cari kau….
Memang kucing kembar tu dah hiburkan aku ngan Amri… comel gila weh Oren! Dekat leher die ade loceng… mak pasangkan loceng…. tapi kan…. tiapkali aku keluar rumah… aku tengok kubur ko dekat tepi rumah tu… aku terus termenung ingat dekat ko…. mesti ko dah jadi tulang dekat dalam tanah tu kan Oren….. dan Amri bangga gile bile baju dia digunakan untuk kapankan ko…. hahaha bangga gile sampai sekarang asyik sebut.. poyoooo

Hmm… bayangkanlah pagi tadi aku nak balik ikut ayah pergi KL pun aku boleh termenung tengok pagar luar…. aku bayangkan ko tengah lari lari lompat lompat hantar aku nak balik….
Semalam pun Amri cerita dekat aku dalam kereta sebelum ko nak pergi tu ko dapat makan sedap sedap… ko makan ketam yer Oren? hehehe… Amri kata ko gigit smua kulit ketam tu.. ekekeke
Huaaa kenapa aku tak boleh lupekan ko Oren…. aku pergi mana mana bila Nampak kucing…. aku mesti harapkan yang kucing tu adalah Oren yang aku pernah ada… tak sama banyak dapat sikit pun jadi lah… kurang kurang kitorang satu keluarga ni tak rindu sangat bila kau dah pergi…..


Sobsobsob….


Semua tegur aku… yang dah pergi tu biarla pergi.. bukannye boleh hidup balik keluar dari tanah….
Tapi Oren….  aku nak jumpa kau… sbenarnya aku asyik teringat perangai selamba kau tu…. pastu yang tak heran dengan apa kitorang buat dekat ko… pastu buat aku asyik ingat bila ko mengeow ngan suara kecik ko tu dekat telinga aku bila kau lapar…. haaaaaaaaaa

Amri cerita jgk dekat aku… waktu kau pergi 3 minggu yang lepas… mak telefon dia suruh dia sabar dan jangan sedih dengar berita ni… mak bagitau dia yang ko dah mati…. ko mati bawah pokok tepi jalan….
Lepastu Amri tak percaya langsung dia ingat Angah main main dengan dia… lepastu dia pergi tengok bangkai kau dekat bawah pokok tu… kepala ko dah dikerumuni kerengga.. Amri terus sedih gila tengok kau dah mati…. terus dia pergi masuk rumah naik atas menangis dekat bilik sepuasnya…

Tengok Oren…. kami semua sayang kau… tak pernah terlintas langsung kami nak benci kau….
Amri cakap…. dah puas nangis…. dia pergi cari kotak sebab nak angkat letak bangkai kau dalam kotak untuk ditanam… sambil cari kotak tu pun dia menangis tak berhenti…
Hm… aku dapat bayangkan betapa sedihnya.. kalau aku…….. kalau aku yang ada dekat sana waktu tu… memang aku akan nangis….. kucing kesayangan kami dah pergi….. pergi yang takkan kembali…
Lepastu Amri angkat kau bawa balik kerumah sambil menangis2… sampai budak tepi jalan pun pelik tengok dah kenapaa dengan dia…
Amri cuci kepala ko yang kena kerengga tu dengan air… lepastu ayah balik ayah pun tanam ko…. menangis2 ayah gali liang untuk tanam ko… becucuran air mata dia…

Tapi kan Oren..... kitorang bersyukur sangat… sebab kau pergi dengan tenang.... itulah hadiah terindah buat kitorang…. sebab kitorang bayangkan kau pergi kene langgar kereta sampai terburai isi perut… sampai pecah kepala.. tercabut kepala… tu lagi sedih Oren… dan lagi sedih kalau kau mati tapi kami tak jmpa langsung bangkai kau….



 Tak apala Oren… yang pergi tetap pergi.. Eida kata… nanti jumpa jugak dekat akhirat…. aku akan cari pengganti kau Oren… insya allah…. aku akan sayangi semua kucing dekat mukabumi ni macamana aku pernah sayangkan kau Oren…. thank you Oren! Sebab kau lah paling comel sekali hadir dalam hidup kami sekeluarga… and be a part of our family! Thank you Oren! I love you!
Rindu nak tengok kau baring atas tilam dengan kitorang... :)

Sekarang ni si Sate dah diam kata makcik Tipah... sebab Oren dah takde...
aku rasa die tau dia dah kehilangan Oren...



sebab dulu kalau Oren ada.. Orenla tempat die bergaduh.. tempat die berkawan... hahaha

Ermmm Ibu pulak dah sombong tau tak....
Dia dah takde nak duduk rumah kitorang dah...
dia dah duduk rumah jiran hujung je..
haritu kitorang lintas pastu nampak Ibu atas kereta....
kitorang panggil2 die...
dia boleh paling tengok tempat lain...


Ibuuuu! kenapaaaa dah lupakan kamiii
Sobsob...


Sabtu, April 20, 2013

Engagement of Ari & Wieda

 HAHA today adalah Abg Ari's engagement day! weee....
Tak sangkaaa lah abang Ari dah jadi tunang orang daaa...
dan bakal tamatkan zaman bujangnya tak lama lagi
Heee....
Okay nak dijadikan ceritanya..
hari ni aku telah memflykan diri ke Kuala Terengganu.. untuk rombongan merisik kak Wieda... 
hehe... 
kitorang pergi dua kereta...
Pajero... dan juga Myvi...
tapi sayangnya ibu tak dapat nak ikut sbb kerja...
sobsob..
So lets enjoy the picture...
ini je yg aku rajin nk edit....
selebihnya boleh dilihat di dalam hadisk..
wakakaka

 This is abang ari & Kak Wieda... kak wieda comel gilaaaa....
hahaha



HAHAHA dan gamba last yang bongek... wakakakaa

:)

Daisypath Anniversary tickers