Khamis, April 25, 2013

Dah 3 minggu Oren tinggalkan kami...



Dah 3 minggu Oren pergi… aku balik Perak satu minggu ni.. sebab aku cuti sem kan… hmm… keluar keluar je dari kereta aku cari oren… siap panggil2 nama oren da macam orang meroyan… hahahahaha!
Sedih do….. sumpah sedih… aku ingat duduk dekat Puncak Alam tengok gambar2 Oren je boleh buat aku sedih… tapi balik rumah… tengok kubur oren… lagi buat aku sedihhhh doooooooooo…. *lap lap hingus

Huuu… Oren…… kitorang semua rindu kau….. walaupun mak ada bawak balik anak kucing kembar…. dan walaupun ada seekor tu sikit nak macam kau… tapi tetap tak sama…. aku tetap cari kau….
Memang kucing kembar tu dah hiburkan aku ngan Amri… comel gila weh Oren! Dekat leher die ade loceng… mak pasangkan loceng…. tapi kan…. tiapkali aku keluar rumah… aku tengok kubur ko dekat tepi rumah tu… aku terus termenung ingat dekat ko…. mesti ko dah jadi tulang dekat dalam tanah tu kan Oren….. dan Amri bangga gile bile baju dia digunakan untuk kapankan ko…. hahaha bangga gile sampai sekarang asyik sebut.. poyoooo

Hmm… bayangkanlah pagi tadi aku nak balik ikut ayah pergi KL pun aku boleh termenung tengok pagar luar…. aku bayangkan ko tengah lari lari lompat lompat hantar aku nak balik….
Semalam pun Amri cerita dekat aku dalam kereta sebelum ko nak pergi tu ko dapat makan sedap sedap… ko makan ketam yer Oren? hehehe… Amri kata ko gigit smua kulit ketam tu.. ekekeke
Huaaa kenapa aku tak boleh lupekan ko Oren…. aku pergi mana mana bila Nampak kucing…. aku mesti harapkan yang kucing tu adalah Oren yang aku pernah ada… tak sama banyak dapat sikit pun jadi lah… kurang kurang kitorang satu keluarga ni tak rindu sangat bila kau dah pergi…..


Sobsobsob….


Semua tegur aku… yang dah pergi tu biarla pergi.. bukannye boleh hidup balik keluar dari tanah….
Tapi Oren….  aku nak jumpa kau… sbenarnya aku asyik teringat perangai selamba kau tu…. pastu yang tak heran dengan apa kitorang buat dekat ko… pastu buat aku asyik ingat bila ko mengeow ngan suara kecik ko tu dekat telinga aku bila kau lapar…. haaaaaaaaaa

Amri cerita jgk dekat aku… waktu kau pergi 3 minggu yang lepas… mak telefon dia suruh dia sabar dan jangan sedih dengar berita ni… mak bagitau dia yang ko dah mati…. ko mati bawah pokok tepi jalan….
Lepastu Amri tak percaya langsung dia ingat Angah main main dengan dia… lepastu dia pergi tengok bangkai kau dekat bawah pokok tu… kepala ko dah dikerumuni kerengga.. Amri terus sedih gila tengok kau dah mati…. terus dia pergi masuk rumah naik atas menangis dekat bilik sepuasnya…

Tengok Oren…. kami semua sayang kau… tak pernah terlintas langsung kami nak benci kau….
Amri cakap…. dah puas nangis…. dia pergi cari kotak sebab nak angkat letak bangkai kau dalam kotak untuk ditanam… sambil cari kotak tu pun dia menangis tak berhenti…
Hm… aku dapat bayangkan betapa sedihnya.. kalau aku…….. kalau aku yang ada dekat sana waktu tu… memang aku akan nangis….. kucing kesayangan kami dah pergi….. pergi yang takkan kembali…
Lepastu Amri angkat kau bawa balik kerumah sambil menangis2… sampai budak tepi jalan pun pelik tengok dah kenapaa dengan dia…
Amri cuci kepala ko yang kena kerengga tu dengan air… lepastu ayah balik ayah pun tanam ko…. menangis2 ayah gali liang untuk tanam ko… becucuran air mata dia…

Tapi kan Oren..... kitorang bersyukur sangat… sebab kau pergi dengan tenang.... itulah hadiah terindah buat kitorang…. sebab kitorang bayangkan kau pergi kene langgar kereta sampai terburai isi perut… sampai pecah kepala.. tercabut kepala… tu lagi sedih Oren… dan lagi sedih kalau kau mati tapi kami tak jmpa langsung bangkai kau….



 Tak apala Oren… yang pergi tetap pergi.. Eida kata… nanti jumpa jugak dekat akhirat…. aku akan cari pengganti kau Oren… insya allah…. aku akan sayangi semua kucing dekat mukabumi ni macamana aku pernah sayangkan kau Oren…. thank you Oren! Sebab kau lah paling comel sekali hadir dalam hidup kami sekeluarga… and be a part of our family! Thank you Oren! I love you!
Rindu nak tengok kau baring atas tilam dengan kitorang... :)

Sekarang ni si Sate dah diam kata makcik Tipah... sebab Oren dah takde...
aku rasa die tau dia dah kehilangan Oren...



sebab dulu kalau Oren ada.. Orenla tempat die bergaduh.. tempat die berkawan... hahaha

Ermmm Ibu pulak dah sombong tau tak....
Dia dah takde nak duduk rumah kitorang dah...
dia dah duduk rumah jiran hujung je..
haritu kitorang lintas pastu nampak Ibu atas kereta....
kitorang panggil2 die...
dia boleh paling tengok tempat lain...


Ibuuuu! kenapaaaa dah lupakan kamiii
Sobsob...


2 ulasan:

Merok berkata...

Aku rasa sebak juga. Masih ada orang yang sayangkan kucing bagai menatang minyak yang penuh. Aku selalu tumbuk kucing aku sampai lembik.

Ikaa berkata...

haaaaaaaaaaaa sampaiii ati kooooo tumbukkk kucing!
meh sini aku tumbuk ko pulakk .. hahahaha

:)

Daisypath Anniversary tickers