Ahad, Februari 01, 2009

Tetamu Senja by A. Samad Said

Ahha... ada orang kata menulis lah sampai anda hilang nyawa. Korang boleh menulis sampai hilang nyawa? Hohoh. Mungkin boleh dan mungkin tak kan? Apela aku carut nih.. wuwuwu
Well... A. Samad Said semua orang kenal kan? Kan? Siapa tak kenal tu very sangat ketinggalan la... A. Samad Said itu adalah sasterawan negara. Adoi sape blur lagi silela rujuk gambar ini

Ini diaa... A. Samad Said. Picture was taken by Amrul Kareem at Central Market using Nikon d50. Hebat kan rupa sasterawan macam ni? Hahah. Jadi aku nak tunjuk sajak yang telah ditulis oleh beliau. I really love and admire this one. Penuh makna... ;DD Tetamu Senja by A.Samad Said.


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah

Kita kepadanya

Kita datang ini kosong tangan dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan

Kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepada

Tuhan kepada Insan

Pada tetamu yang datang

Dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka pula

Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat

Atau segera sesat puja darjat

Puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke laut biru

Ke kuning darat

Harus kita lekas sedar penuh pada tugas

Harus kita tegas sembah

Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Written by A. Samad Said

4 ulasan:

en_me berkata...

ammvoiii pakey nikon d50 lagikkkks.. ehehe

Simply ZULAIKA berkata...

tula pasall
jeles
huhu
;PP

tintin berkata...

aku suke nie atok angkat aku
yeah yeah

Simply ZULAIKA berkata...

saperr kateeee
tu atok angkat koo
gedik
;PPP

:)

Daisypath Anniversary tickers